Monday, November 28, 2011

Ikhlas ke aku?

Hmm..tadi aku masuk satu blog nie. Bagus-bagus entry dia. Buat aku terfikir panjang. Tahun ni, adalah tahun yang paling mencabar seumur hidup aku. Hati aku dah rosak. Aku depress. Aku down. Banyak aura negative yang mai dari mana taktau. Syukur, aku masih dikurniakan akal yang waras. Tuhan masih lindung aku dari aku tau apa yang patut aku tau. Bila Tuhan bagi petunjuk, Alhamdulillah, hati aku dah bersedia nak terima semua. Perit, pahit terpaksa aku terima. Hari esok mungkin lebih baik. Takda apa yang aku pikir lagi masa itu, cepat lah masa berlalu. Tamatkan tahun yang mencabar bagi aku. Aku sampai dah tak tahan. Bila aku terasa nak baca Yassin, mesti sesuatu buruk terjadi. Oh Tuhan dah sediakan hati aku dulu sebelum aku jadi tak waras bila aku dapat kejutan demi kejutan. 

Lepas terbongkar satu per satu. Adakah hati aku ikhlas menerima semuanya? Past is past. Easy to say kan. Aku yang mengalaminya susah nak positive all the time. Apa gunanya syaitan kan kalo tak membisikkan sesuatu? Hmm.. Kenapa ya, bila aku ikhlas, aku sayang orang sepenuh hati, aku tak curang jadi macam ni pulak. Dari orang yang seribu kali aku tak terfikir akan buat macam ni? Oh..inilah ujian Tuhan. 


Semasa sebelum terjadi all this, aku seorang yang baran, cengeng. How funny, bila jadi semua ni, aku jarang menitiskan air mata. Even aku try, nope. Tak keluar. Tuhan tak bagi aku menangis untuk seseorang yang tak layak dapat air mata aku. Alhamdulillah. Perangai baran aku dah bertukar sedikit demi sedikit menjadi penyabar. Even aku boleh cakap "Dia tak sedar tu apa yang dia buat, tak pe la.." Aku mula belajar menjadi seorang yang tabah. Satu per satu cerita terbongkar bagaikan kena tembak bertubi-tubi. Tapi satu pun tak buat aku mati. Aku parah, tapi I'm survive!!

Now, everything change. Dia dah sedar (I hope so). But kenapa aku pulak yang negative. Ungkit mengungkit. Maybe sebelum ni aku tak ada peluang nak kata apa yang aku rasa. Aku banyak pendam. Hmm. This is not good. Ikhlas ke aku dalam terima semua ujian ni? Ikhlas ke aku terima dia? Ikhlas ke dia dengan aku sekarang? Atau berlakon macam dulu jugak? Mungkin sebab aku terlalu ikhlas Tuhan beri dia peluang kedua. Antara dia paham ke tak je la. Susah la kalo tak paham-paham lagi. Bodoh sangat namanya. Hmm. You almost lost me, you will never see me after this if you never learn your mistakes.


♥ 

Fiza Ismail :) 

0 comments:

Post a Comment